Atas
TM

M
 

SENARAI BANTUAN              ::Versi Bahasa Inggeris::

 

 

[Menu Utama|Carian Biasa|Carian Berpandu|Buletin|Bantuan|Mengenai Pustakawan]

 

 

KANDUNGAN

 

Pengenalan

Carian

Langkah-langkah bagi proses carian

Keputusan

Pengguna Berdaftar

Tempahan

Tukar Katakunci

 

 

 

 

Pengenalan

 

Web Opac merupakan sub daripada Sistem Pustakawan Bestari. Ia menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membuat carian buku di Perpustakaan Utama dan juga perpustakaan-perpustakaan cawangan yang terlibat menggunakan internet. Sistem ini secara umumnya bertujuan untuk melakukan proses carian bahan di perpustakaan tersebut dan seterusnya memaparkan keputusan hasil carian dengan menyenaraikan bahan carian pengguna serta maklumat terperinci berkaitan bahan berkenaan serta lokasinya. Selain daripada itu Web Opac juga menyediakan kemudahan kepada pengguna yang berdaftar di perpustakaan berkenaan untuk menyemak akaun mereka. Tempahan buku yang ingin dipinjam juga boleh dibuat terus melalui Web Opac ini.

 

 

 

Carian

 

Tujuan utama Web Opac ini dibangunkan ialah untuk membantu pengguna melakukan proses carian buku atau bahan-bahan lain di perpustakaan utama dan cawangan-cawangannya melalui internet. Pengguna boleh melakukan carian berdasarkan Judul, Pengarang, Penerbit, No. Panggilan, ISBN/ISSN, Tajuk Perkara atau semua sekali. Sistem ini menyediakan 2 jenis carian iaitu Carian Mudah dan Carian Boolean. Gambarajah 1 dan 2 di bawah menunjukkan antaramuka bagi 2 jenis carian tersebut. 

 

Gambarajah 1 Carian Mudah

Gambarajah 2 Carian Boolean

 

 

Langkah-langkah bagi proses carian

 

 

Carian Mudah

 

Terdapat 3 langkah dalam proses carian mudah iaitu:

 

  1. Pilihan Kategori - Pilih kategori carian anda samaada berdasarkan Judul,Pengarang, Penerbit, No. Panggilan, ISBN/ISSN, Tajuk Perkara dan semua sekali.
  2. Masukkan kata kunci anda pada bahagian carian.
  3. Klik butang "CARI" dan keputusan bagi hasil carian anda akan dipaparkan.

 

 

Carian Boolean

 

7 langkah dalam proses Carian Boolean.

 

  1. Masukkan kata kunci anda pada bahagian kata kunci.
  2. Pilih kategori carian anda samaada berdasarkan Judul,Pengarang, Penerbit, No. Panggilan, Tajuk Perkara, ISBN, Lokasi dan semua sekali.
  3. Pilih samaada And, Or atau Not untuk menghubungkan katakunci pertama dan kata kunci kedua.
  4. Masukkan kata kunci kedua anda pada bahagian katakunci.
  5. Pilih kategori carian kedua anda samaada berdasarkan Judul,Pengarang, Penerbit, No. Panggilan, Tajuk Perkara, ISBN, Lokasi dan semua sekali.
  6. Ulang langkah 3 hingga 5 untuk memperincikan lagi bahan carian anda.
  7. Klik butang "Search" dan keputusan bagi hasil carian anda akan dipaparkan.

 

 

Keputusan

 

Setelah melakukan proses carian, sistem akan memaparkan keputusan hasil carian serta bilangan "Hits" berdasarkan katakunci yang anda masukkan. Gambarajah 3 di bawah ini menunjukkan antaramuka bagi keputusan:

 

Gambarajah 3 Keputusan 1

 

 

Seterusnya, anda dikehendaki klik pada ruangan "Term" untuk membolehkan sistem memaparkan senarai carian berdasarkan "Hits" yang ada (Gambarajah 4 menunjukkan antaramuka yang akan dipaparkan setelah pengguna klik pada ruangan term). Maklumat yang akan dipaparkan ialah Judul serta No Panggilan bagi bahan yang dicari. Pengguna bolehlah klik samaada pada ruangan Judul atau No Panggilan untuk paparan maklumat bagi bahan secara lebih khusus. 

 

Gambarajah 4 Keputusan 2

 

 

Berikut adalah contoh antaramuka bagi maklumat hasil carian dan senarai bilangan buku/bahan yang sama serta lokasi buku berkenaan terletak. Sekiranya anda ingin mencari buku yang lain tetapi berdasarkan pengarang yang sama anda boleh klik pada nama pengarang tersebut. Sistem akan melakukan proses carian sekali lagi dan memaparkan keputusan carian tersebut.

 

Gambarajah 5 Maklumat Hasil Carian

 

 

Untuk melihat maklumat sesuatu bahan dengan lebih terperinci berdasarkan No Perolehan dan Lokasinya anda dikehendaki klik pada No Perolehan. Sistem akan memaparkan maklumat bahan dengan 3 jenis paparan iaitu Paparan Linear, ISBD dan MARC Tags. Gambarajah 5, 6 dan 7 di bawah menunjukkan antaramuka bagi 3 jenis paparan maklumat bahan tersebut.

 

Gambarajah 6 Paparan Maklumat secara Linear
 
Gambarajah 7 Paparan Maklumat Mengikut ISBD
 
Gambarajah 8 Paparan Maklumat Mengikut MARC Tags

 

 

Pengguna Berdaftar

 

Bagi Pengguna yang berdaftar anda dikehendaki memasukkan User ID dan Password untuk membolehkan anda melakukan proses Semak Maklumat Pengguna, Carian Mudah, Carian Boolean, Buletin, Papar Akaun, Tukar Kata kunci dan Mengenai Pustakawan.

 

Gambarajah 9 Ruangan User ID & Password untuk Pengguna Berdaftar
 
Gambarajah 10 Maklumat Pengguna Berdaftar

 

 

Proses untuk carian adalah sama seperti pengguna yang tidak berdaftar cuma kelebihan bagi ahli yang berdaftar ialah anda dapat menyemak akaun anda. Di dalam akaun terdapat bilangan buku yang dipinjam beserta maklumat peminjaman. Disamping itu terdapat jumlah tertunggak pengguna tersebut serta maklumat buku/bahan tempahan pengguna. Sekiranya pengguna ingin membatalkan tempahan buku ia boleh melakukannya dengan menandakan   pada “Checkbox”. Kemudian klik pada butang Batal Tempahan. Sistem akan membatalkan bahan tempahan yang dipilih.

 

Gambarajah 11 Akaun Pengguna Berdaftar

 

 

Tempahan

 

 Untuk membuat tempahan buku/bahan pula, pengguna dikehendaki melakukan proses carian bahan untuk memaparkan maklumat bahan yang ingin ditempah. Setelah maklumat terperinci bahan dipaparkan pengguna boleh menempah buku tersebut sekiranya kesemua buku tersebut dipinjam. (Kemungkinan satu-satu buku itu mempunyai kuantiti yang lebih daripada 1). Sekiranya buku masih ada di rak maka butang tempahan tidak akan berfungsi. (Bagi ahli yang tidak berdaftar butang tempahan tidak diletakkan) Setelah butang tempahan diklik antaramuka seperti gambarajah di bawah akan dipaparkan.

 

Gambarajah 12 Tempahan Buku

 

 

Sekiranya pengguna berubah fikiran (tak jadi nak tempah) maka pengguna boleh klik butang “Batal”. Jika pasti (Tempah) maka pengguna bolehlah klik butang “Tempah”. Setelah butang Tempah diklik antaramuka di bawah akan dipaparkan.

 

Gambarajah 13 Tempahan Berjaya

 

 

Sekiranya pengguna sudah pun menempah buku tersebut maka sistem akan memaparkan mesej seperti berikut.

 

Gambarajah 14 Tempahan Gagal (Buku sudah ditempah sebelum ini)

 

 

Tempahan juga akan gagal sekiranya had pinjaman pengguna sudah melebihi. Contohnya ialah seseorang pengguna yang berada di dalam kumpulan Staff hanya boleh meminjam tidak melebihi 2 buku (Bilangan ini sebenarnya ditentukan oleh pihak Pustakawan). Sekiranya dia menempah buku lebih daripada 2 maka sistem akan  memaparkan mesej seperti berikut:

 

Gambarajah 15 Tempahan Gagal

 

 

Tukar Katakunci

 

Sebagai suatu langkah keselamatan kepada pengguna, sistem menyediakan fungsi tukar katakunci kepada pengguna yang ingin katakuncinya ditukar. Caranya ialah klik pada perkataan “Tukar Katakunci” di sebelah kiri antaramuka sistem. Gambarajah 15 akan dipaparkan. Untuk menukar katakunci langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah masukkan katakunci lama anda. Kemudian masukkan pula katakunci baru. Perhatian : Anda hendaklah memasukkan sekurang-kurangnya 4 aksara pada katakunci baru. Jangan letakkan ruang kosong antara aksara tersebut semasa memasukkan Katakunci Baru. Kemudian ulang sekali lagi katakunci yang telah anda masukkan sebentar tadi. Setelah siap klik butang Hantar.

 

Gambarajah 16 Tukar Katakunci

 

 

Sekiranya anda memasukkan katakunci lama yang salah satu mesej seperti Gambarajah 16 di bawah akan dipaparkan. Semua ruangan yang ada perlu diisi supaya proses tukar katakunci dalam berjalan dengan lancar. Sekiranya ada ruangan yang tidak diisi suatu kekotak dialog akan dipaparkan seperti Gambarajah 17.

 

Gambarajah 17 Katakunci lama salah Gambarajah 18 Ruangan Tidak diisi Sepenuhnya

 

 

Sekiranya langkah-langkah yang dinyatakan tadi diikut dengan betul maka proses pertukaran katakunci akan berjalan dengan lancar dan mesej “Proses pertukaran katakunci berjaya” akan dipaparkan.

 

Gambarajah 19 Tukar Katakunci

 

 

Ruangan “Mengenai Pustakawan” ini memberikan maklumat ringkas mengenai Web Opac serta kegunaannya. Untuk ke ruangan ini mudah sahaja. Pengguna hanya perlu klik pada perkataan “Mengenai Pustakawan” dan ruangan ini akan dipaparkan. Gambarajah di bawah menunjukkan antaramuka bagi ruangan ini.

 

Gambarajah 20 Mengenai Pustakawan